// SHAFIΣQA COLLETION
hilangkan boring hilangkan bosan

Tuesday, June 12, 2012 @ 10:11 PM | 12 Comment [s]


assalamualaikum ..

hari ini aku datang dengan satu lagi tips .. tips nie aku guna pakai disebabkan aku sekarang masih cuti semester 5 so aku buat lah aktiviti aktiviti yang boleh buat dunia aku nie kurang membosankan .. nak tau .. jom kita terjah ..
tag riadah

hah ini antara yang paling disukai , sebab bila aku pergi kat tempat riadah tuh mesti ramai orang , tak kira la muda ke , yang berusia ke , macam macam aktiviti yang mereka lakukan , salah satu yang aku lakukan dengan kawan kawan aku , riadah waktu petang , kitaorang buat roti sardin , bawa sebotol air , pergi atas bukit tengok pemandangan sambil makan roti . memang best sangat , korang boleh la cuba kalau tak panjat bukit pun korang boleh pergi tasik .

tag kreatif

buatlah sesuatu yang tak pernah korang buat macam conteng satu dinding korang dengan cat warna warni . hias diari korang bagi cantik , ataupun pergi tempat tempat yang menarik then tangkap gambar kat situ dengan aksi aksi korang yang pelbagai . asalkan korang buat perkara yang korang tak pernah buat lah tapi ingat jangan lah korang buat benda benda yang pelik plak . aku tak tanggung sekiranya terjadi sesuatu pada korang .. hehe
tag ubah suasana bilik
yang nie dah jadi salah satu perkara yang aku suka buat .. aku suka ubah keadaan dalam bilik aku .. ikut mood aku , pernah tak korang buat ? kalau tak pernah cuba la buat dan kalau korang ada duit , korang beli la cat, warnakan bilik korang ikut warna kesukaan korang . ubah suasana bilik yang suram itu kepada bilik yang ceria , pilihlah warna warna yang membangkitkan semangat , warna hitam tidak sesuai walaupun aku sangat mengilai hitam .. hehe
tag buat sesuatu yang baru
misalnya , korang suka melukis , apakata korang ambil baju korang yang kosong dan lukiskan sesuatu kat baju tu .. ataupun kalau korang boleh menjahit , korang jahit lah apa apa yang boleh dibuat hiasan ataupun sesuatu yang kreatif , korang juga boleh buat hobi baru macam kumpul buku ke , duit lama atau hobi yang lama macam kumpul setem ..
korang juga boleh tukar style korang , dari rambut panjang korang potong ikut trend yang ada sekarang nie . ataupun korang boleh cuba tutorial yang ada kat youtube bagi orang yang bertudung atau reka style tudung yang baru ke .. kalau korang ada style tudung yang baru jangan lupa bagitau aku tau ..
tag kerja
untuk jangka masa yang panjang , korang boleh la cari pekerjaan , cari pengalaman baru , kat situ korang dapat banyak extra tau . dapat duit , pengalaman , kawan kawan and macam macam lagi la .. sekarang nie macam macam kerja yang boleh korang buat , samaada korang buat kerja dari rumah je atau korang kerja dengan orang ..
tag membaca
hah ! aku tahu yang nie kebanyakkan semua baca novel kan paling kurang pun baca komik .. apakata kali nie korang baca buku lain dari yang lain . korang baca kisah kisah nabi ke , tentang saham ke , ataupun korang baca je sastera .. hehe boleh jadi pensyarah lepas nie ..


Older Post | Newer Post
The OWNER



Welcome to my sweet blog. You've stuck in my online bisnes SHAFIEQA_COLLECTION. Be nice here anything question can drop a comment. Thanks for visiting here ..

This is my First blog .. and this is my second blog .
CERITA AKU
Boleh like page SHAFIEQA COLLECTION
SHAFIEQA_COLLECTION
follow instagram sya untuk follow setiap koleksi shafieqa_collection
SHAFIEQA_COLLECTION


Navigations!



DIARY TIPS SHOPPING PAGE



SWEET STALKER



The Credits!

Template by : F∆ЯISY∆∆ ∆W∆YY
Basecode by : NUЯYNN
Full Edited : SHAFIEQA - SYA

Best View at GOOGLE CHROME!

My Wish list

Habis Diploma
laptop
Shafieqa_collection boutiqe