// SHAFIΣQA COLLETION
hlovate ..

Sunday, December 1, 2013 @ 6:06 PM | 0 Comment [s]


salam dan hye ..

okay tak payah nak intro segala bagai la kan, kita terus mulakan dengan bismillah ..

saja saja nak share dengan korang sejak dua menjak nie, aku mula baca novel dari hlovate , dan sesungguhnya aku memang jatuh cinta tahap apa pun tak dapat nak nyatakan la sebab novel yang dia tulis semua lain dari yang lain , kerap kali kan kita baca novel pasal cinta dah tentu sekali , kes curang , suami curang dengan isteri , suami kahwin lain , isteri curang , putus tunang , kena kahwin paksa ada sebab perniagaan dan macam macam lagi dan selalu juga la kalau baca mesti akan diberitahu heroin dia mesti cantik macam bidadari , hero dia mesti kacak sampai tak boleh nak bayang la punya la fantasi novel nie buat kita berada diawang awangan ..

apa yang membuatkan aku jatuh cinta terus dengan hasil nurkilan hlovate nie hingga membuat aku mengambil keputusan untuk menyimpan semua koleksi hlovate nie sebab aku bukan jenis orang yang membeli buku kecuali kalau buku sastera , buku puisi , dan komik yang tu tak pernah berkira tapi novel tak pernah beli seumur hidup buku versus by hlovate la novel pertama yang aku beli dan aku tahu aku tak rugi habiskan duit beli ..

hasil tulisannya yang lain , gaya penyampaiannya memang buat aku terpaku seronok dengan gayanya yang santai malah tidak terlalu berasa diawang awangan kerana ada faktor agama dan yang paling best sekali dalam novel dia nie banyak yang diterapkan tentang islam , penerangan yang lebih tentang islam serta diselitkan sekali dengan hadis dan rujukan untuk kita cari faktanya sebab memang tak dinafikan aku sendiri kurang membaca buku buku ilmiah apatah lagi yang berusur berat tapi bila baca hasil tulisan hlovate nie senang je otak aku nak terima apatah lagi caranya yang santai dan mudah untuk difahami menarik minat aku .

unsur cinta ?? tak dinafikan , bohong kalau tiada tapi paling best unsur cinta nie takde la cinta monyet versi budak budak sekolah mahupun cinta tiga segi , empat segi ataupun bersegi segi hingga hilang rasa indah cinta tu ..banyak juga yang diajar antara batas batas pergaulan antara lelaki dan perempuan , dan untuk menjaga batas pergaulan tu mesti la kena akad nikah , betul tak .. ?? confirm confirm ada yang mengata , ingat kahwin tu senang ke , ingat kahwin pakai duit daun ke kena la baca dulu macam mana mudahnya perkahwinan tersebut dilangsungkan kerana setiap benda yang baik mesti Allah mempermudahkan ..

dan dari sini jugalah aku belajar menjadi manusia dalam erti kata islam muslimah yang lebih baik untuk memdapatkan pasangan yang lebih baik .. sebab itukan janji allah ..
so serius tak rugi untuk korang baca novel nie , seratus peratus aku boleh kata korang mesti akan suka kerana novel nie banyak realiti dari fantasi dan kalau yang jenis suka banyak bahasa tu mesti akan lebih suka sebab macam macam bahasa ada dalam novel nie, banyak ilmu yang dapat kita pelajari ..

setakat nie aku dah baca gurindam jiwa, tunas, aA+bB nie sambungan tunas , versus , rooftop rant , anthem dalam anthem ada juga sambungan rooftop rant .. yang belum baca 5tahun 5bulan , contengan jalanan , pelangi ..

yang baru aku buat koleksi
* versus ( minn dan ao )
* rooftop rant ( trisy dan jade )
* anthem ( dash dan lee )

bakal beli yang lain juga ..

so tunggu apa lagi .. beli la sebuah dua .. nanti boleh ulas cerita dengan aku ..

hehe okay sampai sini je ..
byebye ..
-syafiqa

Older Post | Newer Post
The OWNER



Welcome to my sweet blog. You've stuck in my online bisnes SHAFIEQA_COLLECTION. Be nice here anything question can drop a comment. Thanks for visiting here ..

This is my First blog .. and this is my second blog .
CERITA AKU
Boleh like page SHAFIEQA COLLECTION
SHAFIEQA_COLLECTION
follow instagram sya untuk follow setiap koleksi shafieqa_collection
SHAFIEQA_COLLECTION


Navigations!



DIARY TIPS SHOPPING PAGE



SWEET STALKER



The Credits!

Template by : F∆ЯISY∆∆ ∆W∆YY
Basecode by : NUЯYNN
Full Edited : SHAFIEQA - SYA

Best View at GOOGLE CHROME!

My Wish list

Habis Diploma
laptop
Shafieqa_collection boutiqe